Iktibar... Astaghfirullah... Innalillah...

written by hasya_rmshy On 3:00 PM

Beberapa tahun kebelakangan ini kita sering mendengar cerita anak meninggal kerana ditinggal di dalam kereta bagi tempoh masa yang lama. Ditambah dengan kes terbaru semalam di USJ4. Setiap yang berlaku sememangnya ada hikmah kepada yang mengalaminya. Bagaimana pula kepada kita yang mengetahui dan membaca mengenainya? Adakah kita mengambil iktibar daripadanya? Hikmahnya kepada kita yang mendengar tragedi ini adalah iktibar. Dengan mengambil iktibar kita akan lebih berwaspada dalam setiap tingkah kita. Terlalu banyak kes sebegini berlaku menunjukkan kita kurang mengambil endah isu isu sebegini. Tidak hairanlah syarikat insurans boleh menyaman semula ibu bapa atas tuduhan kecuaian keluarga sebagaimana yang terjadi kepada ibu bapa di Klang.

Saya menulis hanya untuk menyeru kepada semua ambillah iktibar atas setiap apa yang berlaku walau hanya kita tersepak batu pun. Setiap apa yang berlaku pasti ada sebab musabab. Kitalah yang seharusnya menilai dan berfikir.

0 feedbacks

Post a Comment