Aku baru terbaca mengenai tulisan Khai di blognya mengenai Facebook . Selepas selesai membacanya, aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai Facebook ini. Walaupun bagi sesetengah orang cerita ini cerita lama, tetapi apa salahnya aku kongsikan sekali lagi sebagai info tambahan. Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace , Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan. Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain...