adaptation

written by hasya_rmshy On 4:21 PM

sistem saraan baru awam SSBA.. bagi guru benar2 sesuatu yang baru... mana taknya sebelum ni keje datang 7.30 pagi balik 1.00 tengahari...  datang 12.30 tengahari balik 6.30 petang... dgn SSBA... datang 7.30 petang balik 4.30 petang... datang 9.30 pagi balik 6.30 petang... 9 long hours... diwajibkan bagi guru... tidakkah mereka mereka yang mencadangkan ini tahu tentang beban tugas guru? sebelum sebelum ini... sebelum SSBA bagi Perkhidmatan Pendidikan digubal... nampak macam sekejap cikgu kerja.. tapi cikgu xberhenti bekerja sebaik mereka melangkah masuk ke sekolah... malah ada yang bawak balik rumah... itu pun xsiap... 

bila ditambah lagi masa bekerja... nampaknye memang nak kene adapt la.. kalu kite nak sign SSBA... sb sign SSBA... mestilah kerana kite nk naik gaji kan... sebab dapat naik gaji hanya jika kita menerima terma-terma di dalam SSBA... nak xnak kene terima dengan hati terbuka.... guru terpaksa menambah jam bekerja untuk menyiapkan tugas luar bilik darjah yang memang menjadi beban guru pada masa ini... tambah tambah dengan adanya sistem KSSR dan PBS... guru perlu lebih masa untuk menyediakan BBM dan instrumen pemantauan... for me la... if u want to adapt.. those are the things that we can add in to make ourselves comfortable working 9 long hours... we have to adapt if we want to have that great salary that had been promised by the government... 

bagi sekolah 2 sesi.. juga bagi guru guru yang berkongsi meja di bilik guru terpaksa memikirkan cara bekerja 2 orang di meja yang sama... malah dengan sistem penilaian kecekapan yang baru... guru semestinya memerlukan lebih masa bagi menunjukkan kekompetensian bekerja... lebih byk yg kita buat lebih byk markah.. lebih byk kursus lebih byk markah.. lebih byk program lebih byk markah... byk mana yang akan diberi dan dinilai.. kita xtau.. hanya pentadbir yang mengetahuinya.. 

ini menunjukkan profesyen keguruan semakin mencabar.. kerana memang ada mata mata yang tidak berpuas hati dengan pendeknya jam kita bekerja.. kalau mata mata yang tidak berpuas hati ini pernah menjadi guru... seharusnya mereka faham... kerana hanya segelintir guru yang bermasalah.. kita yakin.. semua yang menjadi guru semestinya komited apabila tanggungjawab yang dipikul adalah besar.. mendidik anak bangsa... jadi mana mungkin ada guru yang sanggup membiarkan anak murid keciciran dan tertinggal...

0 feedbacks

Post a Comment