Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

setbacks....

sikap sebenar manusia di jalan raya

"Kenapa orang yang begitu baik tiba-tiba boleh menjadi ganas apabila memegang stereng kereta?" Tanya seorang ahli kariah masjid ketika kami sama-sama berehat selepas menunaikan solat Asar. "Saya rasa bukan tiba-tiba sahaja mereka jadi ganas tetapi mereka memang ganas sebelum memegang stereng kereta lagi," jawab saya perlahan. "Eh, kenapa awak kata begitu?" "Jalan raya hanya menjadi sebab untuk mereka mengeluarkan warna mereka yang sebenar." "Maksud awak 'true colour' mereka hanya keluar di jalan raya yakni ketika mereka memandu?" "Ya. Sifat-sifat diri yang sebenar tidak terkeluar di tempat-tempat lain mungkin kerana segan, takut, malu dan sebagainya. Di pejabat, mungkin kerana ada bos atau ada orang lain yang disegani. Di rumah kerana ada isteri. Begitu juga di tempat-tempat lain, ramai yang perlu mengawal diri kerana ada kepentingan tertentu di hadapan orang tertentu." "Maksud awak?...

smile again.. :-)